Sejarah Bank Rakyat

Dengan perkembangan yang pesat ini, keputusan telah dibuat untuk menubuhkan bank masing-masing yang dikenali sebagai Bank Persatuan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan kewangan anggota-anggota.

Pada 28 September 1954, 11 daripada bank persatuan tersebut bersetuju untuk bergabung dan membentuk Bank Agong (Apex Bank). Dalam tahun 1967, Bank Kerjasama Malaysia Berhad menggantikan Bank Agong dan keahliannya dibuka untuk individu, selain daripada koperasi. Seterusnya, penubuhan anak-anak syarikat juga dibenarkan. Pada 6 Januari 1973, namanya ditukar menjadi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat.

Satu akta khas telah diwujudkan untuk melincinkan pentadbiran Bank Rakyat, iaitu Akta Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad (Peruntukan Khas) 1978 (Akta 202) yang membolehkan Bank Rakyat menawarkan pembiayaan kepada mereka yang bukan ahli.

Pada tahun 1986, Tabung Simpanan Nuri untuk kanak-kanak telah diperkenalkan.

Pada tahun 1989, Bank Rakyat telah diletakkan terus di bawah Kementerian Tanah & Pembangunan Koperasi dan Kementerian Kewangan.

Pada tahun 1994[1], Bank Rakyat menukar konsep perbankan komersial kepada perbankan Islam.Sehingga 31 Disember 2007, Bank Rakyat memiliki aset berjumlah RM34.9 bilion, yang mewakili kira-kira 70 peratus jumlah aset keseluruhan koperasi di negara ini